Alkisahnya, setelah anak sulungku mendapat motor besar pertamanya- viper, pada tahun 2013,- sempena kelahiran baby baruku ketika itu hehe.. Teringin pula membeli mainan besar yang tahan lasak untuk second baby ini.
Oleh kerana motor viper habis dikerjakan bulan-bulan pertama anakku berlatih sehingga sistem bunyi tidak berfungsi dan yang terakhir tidak mampu 'dihidupkan enjinnya' walaupun dicas baterinya haha.. Akhirnya tersadai begitu sahaja di bilik paling hujung rumahku sob sob. Walau hakikatnya ibu ni taklah sedih sangat sebab ayah yang bayar haha. Sampai ke Nilai cari motor viper tuh (TERIMA KASIH AYAH!!)
Em.. Nak dapatkan mainan yang boleh berfungsi sebagai motor, ada bunyi dan yang penting tidak perlukan pengecasan lagi. Pandu sendiri pun bukan lagi pilihanku kerana habis dinding hall rumahku menjadi sasaran litar. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membeli....
Pony ini hanya memerlukan 3 biji bateri bersaiz AAA dan sesuai untuk anak lelaki mahupun perempuan. Didatangkan dengan sebuah bakul di hadapannya untuk meletak sebarang barang yang anak anda hendak bawa 'bersiar-siar'. Patung beruang yang tertera di kotak mainan ini hanya ilustrasi sahaja. Mengeluarkan lagu-lagu yang pelbagai apabila dipicit pipinya. Kekuatan bunyi pun boleh diselaraskan. Antara mainan favourite anak keduaku yang ditumpang sama oleh abangnya huhu. Tengok ni:
Saya masih ada 1 stok lagi pony menarik ini dengan harga RM150. Namun malangnya perkhidmatan pos untuknya tidak dapat saya sediakan. Hanya boleh cash and collection sahaja di Kuala Lumpur. Cepat email saya sekiranya berminat ya!
A place to share my recent obsession. A place to test my writing ability. A place I regard as my therapy zone.
Monday, 11 May 2015
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)



No comments :
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.