A place to share my recent obsession. A place to test my writing ability. A place I regard as my therapy zone.

Wednesday, 8 October 2014

Fisher Price Rainbow Snail Stacker


Satu lagi stacker dari Fisher Price untuk anak anda: Fisher Price Rainbow Snail Stacker.

Stacker berbentuk klasik dan unik ini mempunyai empat gegelung separa bulat pelbagai warna untuk menguji kecekapan anak anda. Gegelung ini boleh disusun dua cara samada besar ke kecil atau kecil ke besar. Saksikan bagaimana kreatif anak anda menyusunnya:-)


RM40 sahaja

Fisher Price Tiger Stacker


Stacker pertama untuk anak anda: Fisher Price Tiger Stacker..

Tiga bentuk gegelung berlainan: bulat, tiga segi dan empat segi secara tidak langsung mengajar anak anda tentang kepelbagaian bentuk. Manik-manik berbeza saiz di dalam setiap gegelung menghasilkan bunyi yang melucukan. Sangat bagus untuk merangsang keupayaan motor dan koordinasi antara penglihatan dan pergerakan tangan anak anda. Selamat mencuba:-)


Harga berpatutan, RM40 sahaja.

Fisher Price Smiling Smart Phone


Sesuai untuk anak anda berusia 6 bulan ke atas, telefon 'pintar' ini pasti membuatkan anak anda tidak berhenti tersenyum dengan kepelbagaian fungsinya. Mempunyai 9 butang yang bercahaya apabila ditekan dan menghasilkan lebih dari 10 lagu dan nada. Ia turut memperkenalkan ABC, nombor, bentuk, warna dan cuaca kepada anak anda. Bunyi dan nada yang dihasilkan adalah tidak terlalu kuat sesuai untuk tahap pendengaran anak anda yang baru mula berkembang. Memerlukan 3 unit bateri bersaiz AAA yang disertakan bersama.

Mainan asas yang bagus untuk permulaan pengenalan bunyi/suara dan role play pertama si manja.

Dapatkan telefon pintar hebat ini dari kami dengan harga RM80 sahaja. Pasti berbaloi untuk anak kesayangan anda!

Tuesday, 7 October 2014

Fisher Price Musical Xylo Tap-a-Tune Fish


Ambil starfish dan ketuk tiga kekunci muzik pada ikan unik ini untuk tiga bunyi berbeza. Mengajar anak anda kesan sebab dan akibat. Dapatkan dari kami dengan harga RM40 sahaja tidak termasuk pos.

Fisher Price Pull Along Froggie


Anak anda yang baru mula berjalan pasti menyukai mainan ini. Katak yang boleh dibawa berjalan dan beraktiviti dengan bead yang disertakan bersama. Membantu proses imbangan badan anak anda ketika si kecil berjalan dan menarik katak ini bersamanya.


Dapatkan dari kami dengan harga RM70 sahaja. Pilihan di tangan anda :-)

Monday, 6 October 2014

Fisher Price Musical Stroller Monkey


Satu lagi mainan + hiasan stroller anak anda dari Fisher Price: Fisher Price Musical Stroller Monkey.

Bagi ibu bapa yang menggunakan stroller untuk membawa anak-anak kecil beraktiviti di luar rumah, mainan ini adalah pilihan tepat untuk anda. Monyet pink gelap ini boleh dililit pada pemegang stroller bayi anda. Pipi monyet ini boleh ditekan untuk dua nada yang lembut, disertakan dengan teether yang berfungsi apabila gigi-gigi pertama anda anda mula tumbuh :-)

Sesuai untuk merangsang daya sentuhan anak anda. Dapatkan dari kami dengan harga RM70 sahaja tidak termasuk pos.





Fisher Price Lion Activity Block


Mainan comel untuk bayi anda, singa berbentuk kotak lembut yang punyai pelbagai fungsi untuk diterokai. Ada cermin, rattle dan ekor comel untuk anak anda yang comel :-)


RM45 sahaja (tidak termasuk pos)

Fisher Price Elephant Chime Ball


Bola comel yang ringan sesuai untuk tangan bayi anda yang baru lahir:-)

Bola berbentuk gajah ini menghasilkan bunyi loceng yang lembut dan membantu rangsangan autidori anak anda.



RM45 sahaja

Fisher Price Growing Baby Clack & Play Crab


Saya perkenalkan satu lagi mainan menarik dari Fisher Price iaitu: Fisher Price Growing Baby Clack & Play Crab..

Mainan yang direka untuk membantu menguatkan keupayaan kawalan kepala dan kekuatan kawalan tubuh anak anda. Mudah dipegang, goncang dan gerakkan. Bayi anda pasti teruja melihat penyepit ketam ini bergerak ke hadapan dan belakang dan mengeluarkan bunyi yang melucukan. Sesuai untuk anda anda dari umur 3 bulan ke atas.

Dapatkan mainan mengujakan ini dari kami dengan harga RM70 sahaja (tidak termasuk pos).

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2014