Why? It started about 2 or 3 years back :-)
Sebagai seorang ibu, saya selalu memikirkan tentang kaedah terbaik untuk memulakan pembelajaran anak dari usia awal. Setiap orang mempunyai cara masing-masing dan bagi saya pembelajaran awal anak bermula dengan 'bermain'. Setelah melahirkan anak pada tahun 2010, saya sering mencari maklumat tentang perkembangan bayi, kanak-kanak hingga ke usia remaja untuk tahu lebih lanjut tentang proses tumbesaran mereka. Dan saya percaya, ibu-ibu yang peka di luar sana turut melakukan rutin yang sama seperti saya.
Bertitik tolak dari itu, saya sering membelikan mainan yang saya fikir dapat membantu perkembangan bayi saya,-ketika itu. Masalah utama yang saya hadapi adalah, anak saya seorang lelaki :-) Dan sebagai meraikan fitrahnya, mainan-mainan yang saya belikan sering berakhir dengan cara yang dahsyat. Tercabut, pecah, kemik, dan ada yang 'hilang upaya' dalam masa 1jam selepas dibeli. Harga barang yang semakin meningkat dewasa ini membuatkan alat mainan kanak-kanak yang dibuat di China turut mempamerkan kesannya. Lama-kelamaan, saya mula malas membelikan anak saya mainan kerana sebab utamanya: sifat anak yang masih tidak pandai menjaga mainannya, dan 'kos'.
Saya mula kurang membelikan mainan untuk anak saya. Suami saya pula mengambilalih peranan saya. Sebab utamanya adalah, saya lebih berjimat memikirkan kos yang perlu kami keluarkan untuk mainan anak setiap bulan. Kedua, anak saya amat manja dengan ayahnya, menyebabkan ayahnya sukar mengatakan 'no' setiap kali diminta untuk membelikan mainan.
Bila saya kembali membelikan mainan untuk anak saya? Kenapa mainan Fisher Price menjadi pilihan?
Tunggu sambungannya di post kedua saya nanti ya!
Keep up with your excellent jobs, great moms out there :-)
A place to share my recent obsession. A place to test my writing ability. A place I regard as my therapy zone.