A place to share my recent obsession. A place to test my writing ability. A place I regard as my therapy zone.

Tuesday, 12 May 2015

Fisher Price Animal Stack & Nest Blocks


Jom kita layan mainan susun dan simpan ini pula. Ada tiga ekor binatang comel yang kepalanya boleh dipusing, digoyang dan digerakkan ke tepi. Bagus untuk koordinasi tangan dan mata anak ada. RM45 sahaja.

Fisher Price Giggling Gorilla Rattle


Rattle gorilla yang tersenyum ini akan membuatkan si comel anda ketawa.. Gugusan pisang di bawahnya akan mengeluarkan bunyi apabila dipusingkan. Kami cadangkan untuk anak anda yang menjangkau usia 1 tahun dan ke atas. Dapatkan dari kami dengan harga RM17 sahaja.

Monday, 11 May 2015

Pony for my boy baby

Alkisahnya, setelah anak sulungku mendapat motor besar pertamanya- viper, pada tahun 2013,- sempena kelahiran baby baruku ketika itu hehe.. Teringin pula membeli mainan besar yang tahan lasak untuk second baby ini.

Oleh kerana motor viper habis dikerjakan bulan-bulan pertama anakku berlatih sehingga sistem bunyi tidak berfungsi dan yang terakhir tidak mampu 'dihidupkan enjinnya' walaupun dicas baterinya haha.. Akhirnya tersadai begitu sahaja di bilik paling hujung rumahku sob sob. Walau hakikatnya ibu ni taklah sedih sangat sebab ayah yang bayar haha. Sampai ke Nilai cari motor viper tuh (TERIMA KASIH AYAH!!)

Em.. Nak dapatkan mainan yang boleh berfungsi sebagai motor, ada bunyi dan yang penting tidak perlukan pengecasan lagi. Pandu sendiri pun bukan lagi pilihanku kerana habis dinding hall rumahku menjadi sasaran litar. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membeli....


Pony ini hanya memerlukan 3 biji bateri bersaiz AAA dan sesuai untuk anak lelaki mahupun perempuan. Didatangkan dengan sebuah bakul di hadapannya untuk meletak sebarang barang yang anak anda hendak bawa 'bersiar-siar'. Patung beruang yang tertera di kotak mainan ini hanya ilustrasi sahaja. Mengeluarkan lagu-lagu yang pelbagai apabila dipicit pipinya. Kekuatan bunyi pun boleh diselaraskan. Antara mainan favourite anak keduaku yang ditumpang sama oleh abangnya huhu. Tengok ni:



Saya masih ada 1 stok lagi pony menarik ini dengan harga RM150. Namun malangnya perkhidmatan pos untuknya tidak dapat saya sediakan. Hanya boleh cash and collection sahaja di Kuala Lumpur. Cepat email saya sekiranya berminat ya!

Fisher Price Snap Lock Caterpillar

Siapa suka ulat bulu? Huhu..


Tiada siapa suka bermain dengan ulat bulu kan? Tapi ulat bulu dari Fisher Price ini bakal mengujakan si comel anda.
Terdiri daripada enam bahagian yang boleh disambung dan dibuka semula. Bila diceraikan, anak anda boleh bereksperimen dengan setiap satu bahagian yang ada. Baik untuk koordinasi tangan dan mata si comel. Jom bagi mereka cuba!!

RM43 sahaja :-)


Sunday, 10 May 2015

Happy Mother's Day

To all mommies out there:


All praises to Allah..

To hear a very good news on a special day is an unforgettable experience :-)

Saturday, 9 May 2015

Fisher Price Press n Crawl Lion

Assalamualaikum n hi semua..

Lama tak update blog. Bukan tak ada produk hebat, tapi kesuntukan masa :-)

Nak perkenalkan mainan untuk si comel anda yang seterusnya:

Dapatkan dari kami dengan harga RM45 sahaja. Cepat sementara stok masih ada :-)