A place to share my recent obsession. A place to test my writing ability. A place I regard as my therapy zone.

Thursday, 4 September 2014

Why Fisher Price Toys? 2nd post

Assalamualaikum dan hi semua..

Kembali kita ke cerita di sebalik sebab saya memilih Fisher Price sebagai mainan untuk anak-anak saya. Em..

April 2013.. Kami sekeluarga berkunjung ke Melbourne untuk menziarahi abang saya sekeluarga di sana. Percutian singkat seminggu yang sangat meninggalkan kesan di hati kami. Di sebuah pekan kecil, saya teruja melihat barang mainan yang sangat banyak di rumah sewa abang. Pelbagai jenis, rupa dan warna. Setelah saya selidik, ternyata abang saya tidak melepaskan pelung membeli mainan 'second hand' yang banyak dijual oleh masyarakat Australia. Walaupun mainan ini ber'taraf' second hand, ianya masih elok dan kelihatan baru. Dan yang penting: TAHAN LASAK. Terus, saya jatuh cinta, lebih-lebih lagi dengan mainan berjenama Fisher Price. Kagum melihat kepelbagaian mainannya, dan set lengkap mainannya sering membuatkan saya teruja.

Setelah pulang ke Malaysia, saya mula mencari maklumat tentang Fisher Price. Ternyata ada segelintir peminat 'tegar' Fisher Price yang punya pertubuhan sendiri yang membolehkan mereka berkongsi keterujaan dan minat mereka terhadap mainan Fisher Price,- yang klasik terutamanya. Malangnya, mainan-mainan klasik ini sukar dijumpai di Malaysia. Jika tidak, pasti saya antara yang terawal mendapatkannya :-)

Maka saya pun mula mencari mainan Fisher Price pilihan hati saya, lebih-lebih lagi dengan kelahiran hero saya yang kedua. Apa agaknya mainan Fisher Price yang pertama saya dapatkan untuk anak saya? Tunggu..

No comments :

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.